KUALA LUMPUR – Ada dua lagi Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, dengan itu jumlah sokongan yang perdana menteri ada menjadi 98 daripada 100 ahli Parlimen.
Oleh itu, katanya, perdana menteri tidak perlu tunggu 6 September ini untuk usul undi tak percaya.
”Cepatkan sahaja sidang khas Parlimen ke bulan Ogos ini. Lagi bagus kalau PM letak jawatan segera,” katanya yang memohon Yang di-Pertuan Agong melantik caretaker untuk tempoh enam hingga 12 bulan. – MalaysiaGazette