Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang dijadual bulan ini ditunda ke Januari.
KUALA LUMPUR – Selain mengemukakan nama 14 Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik orang UMNO sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya Muhyiddin berjaya digulingkan, Ahmad Zahid dilaporkan akan mencadang dirinya sebagai PM.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid dikatakan tidak mendapat sokongan sebulat suara kerana sesetengah pemimpin menyokong Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM interim.
Sinchew Daily melaporkan, disebabkan reputasi beliau yang tinggi selain tiada kes mahkamah dan apa-apa kontroversi, maka Tengku Razaleigh merupakan calon sesuai.

Sumber menegaskan, UMNO akan menyokong orang parti sebagai PM selepas menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, tetapi tidak akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM.

Ahmad Zahid ketika dihubungi Nanyang Siang Pau bagaimanapun menafikan dirinya mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai PM interim.
“Saya menafikan. Majlis Tertinggi juga tidak pernah membincangkan perkara ini,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, difahamkan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) turut menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mereka tidak mencadangkan calon PM atau PM interim.

Sumber daripada PKR memberitahu Sinchew Daily, tujuan PH semata-mata mahu menyatakan bahawa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti.

“PH juga berpendapat bahawa mesyuarat khas Parlimen perlu diadakan secepat mungkin supaya wakil rakyat dapat menyatakan sokongan atau tidak kepada Perdana Menteri.”

Sumber daripada DAP pula berkata, Anwar merupakan calon pilihan untuk menjadi PM, tetapi parti itu tidak menolak kemungkinan menyokong calon dari parti lain sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan majoriti.

PH dilaporkan mahu menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) secepat mungkin untuk menafikan ia daripada sumber kerajaan, selain memastikan kerjasama UMNO dan Bersatu tidak dibentuk pada pilihan raya akan datang. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Jika tanya akar umbi sudah tentu jwpn nya DATO SERI MOHD NAJIB RAZAK..namun siapa shj yg dilantik pasti akan dihormati oleh kami akar umbi..asalkan beliau dr parti UMNO dan mendapat sokongan majoriti

  2. Muhyidin ni pentingkan diri sendiri…patutnya dlm PN tu ada banyak calon lain sbg PM…kita yakin UMNO akan sokong balik PN dan Perdana Menteri baharu dari PN selain Muhyidin…

Comments are closed.