Azmy Thani dikehendaki tampil untuk membantu siasatan pengurusan kes SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan pengurusan kes di mahkamah.

Dua lelaki berkenaan yang dikehendaki dikenali sebagai Azmy Thani dan Wong Wai Kit, kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Wong Wai Kit, 42 yang dikehendaki SPRM

Azmy, 55, beralamat terakhir di No 6, Jalan UB8, Ukay Bestari, Hulu Klang, 68000 Ampang, manakala Wai Kit, 42, pula di No 35-3-1, Tingkat 3, Jalan BP 7/13, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohd Izhar Hedree Sani di talian 010-3364136 atau 03-55256500. – MalaysiaGazette