Kuala Lumpur antara ibu kota terawal di dunia yang berjaya mencapai kadar 80 peratus vaksinasi.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur antara ibu kota terawal di dunia yang berjaya mencapai kadar 80 peratus vaksinasi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kadar itu yang melibatkan jumlah 1.480 juta penduduk itu mungkin dicapai dalam masa dua hari lagi.

“Alhamdulillah, Kuala Lumpur sudah mencecah 78 peratus (1.386 juta) vaksinasi dua dos.

“Insya Allah dua hari lagi, hujung minggu ini kita bakal mencapai 80 peratus vaksinasi…wilayah kedua selepas Labuan,” katanya dalam hantaran Facebooknya malam ini.

Justeru, menurut Anwar, Kuala Lumpur perlu membuat persiapan ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara namun secara berperingkat.

“Kegiatan ekonomi dan kehidupan rakyat mula dibuka. Saya bercadang membentuk jawatankuasa penasihat pemulihan Wilayah Persekutuan yang terdiri dari ahli Parlimen UMNO, PPBM, DAP,PKR dan senator,” ujarnya.

Selain itu, ahli jawatankuasa yang sama juga terdiri daripada tokoh NGO dan ahli korporat.

“Jawatankuasa ini dapat bersama membantu pelaksanaan program pemulihan yang berkesan di Wilayah Persekutuan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast