Syatilla Melvin.

KUALA LUMPUR – Pelakon Syatilla Melvin atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin antara individu yang menawarkan untuk memberi susu kepada bayi Shuib dan Allahyarham Siti Sarah.

Ayash Affan, bayi lelaki yang dilahirkan ketika kandungan Siti mencecah tujuh bulan itu masih ditempatkan di hospital.

Shuib memberitahu, semakin ramai yang menawarkan diri menjadi ibu susu kepada anak keempatnya itu temasuk Syatilla.

Jelas Shuib, beliau sendiri telah diberi nasihat oleh doktor untuk memberikan susu ibu buat anaknya itu yang kini masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Pasal susu pun termenung tadi fikir. Pasal doktor cakap sekarang ni Ayash minum susu tepung, jadi doktor cakap kalau ada susu ibu bolehlah bawa ke hospital sebab susu ibu bagus untuk anak saya.

“Itu pun dah macam soalan cepu emas, susu siapa nak bagi. Memang ramai orang tawarkan, macam Samtilla (Syatilla Melvin) pun ada. Dia cakap kalau nak susu bagitahu,” ujarnya selepas selesai majlis tahlil dan bacaan Yassin semalam.

Namun, beliau membuat keputusan untuk merujuk kepada ustaz terlebih dahulu.

Sementara itu, Shuib memberitahu bahawa anak keempatnya itu sudah dua kali menjalani ujian swab dan kedua-duanya hasil keputusan tersebut adalah negatif Covid-19.

Bagaimanapun, ketika ini dia masih belum berkesempatan melihat anaknya itu di hospital atas nasihat doktor. – MalaysiaGazette