rant royal pardon Najib Razak The Chairman of Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa (centre) and the members of 175 Malay NGOs pleads the Yang diPertuan Agong to soothe political crisis by sending a memorandum to the King at Istana Negara, Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 13 AUGUST 2021.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa (tengah) menunjukkan memorandum 175 NGO merayu campur tangan YDPA hentikan pertelingkahan parti politik kepada Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 OGOS 2021.
KUALA LUMPUR – Gabungan 175 badan bukan kerajaan yang diketuai Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) merayu kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar campur tangan untuk menghentikan percakaran antara pemimpin parti politik dalam percaturan kuasa.
Pengerusi Ummah, Mohd Zai Mustafa berkata, Seri Paduka Baginda perlu menitahkan mereka mengutamakan nyawa rakyat ketika menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan dan bukannya perebutan kuasa.
“Patik sekalian mewakili UMMAH dan 175 NGO Islam Malaysia menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong campur tangan untuk menghentikan percakaran antara para pemimpin parti-parti politik di negara ini.
“Patik juga meminta Seri Paduka menitahkan semua pemimpin yang berkenaan itu supaya memberi keutamaan kepada nyawa rakyat bukannya pada percaturan kuasa,” katanya pada sidang media, di luar pekarangan Pintu 3 Istana Negara, hari ini.
Terdahulu beliau mewakili Gabungan 175 NGO menghantar memorandum kepada YDPA merayu Seri Paduka Baginda menghentikan pertelingkahan parti politik dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Mohd Zai juga berkata, sekiranya kerajaan sedia ada terbubar, maka tiada mana-mana pihak yang memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan.
“Sekiranya keadaan ini berlaku, ia sudah pasti akan menjejas dan meletakkan negara dalam keadaan yang amat tidak stabil. Ini akan menjejaskan usaha dan fokus kerajaan menagani Covid-19.
“Kami menyambut titah nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Johor dan Pemangku Raja Pahang yang menitahkan agar pemimpin berhenti daripada perebutan kuasa dan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan perpaduan ummah,” katanya.
Beliau juga melahirkan rasa sedih dan gusar kerana kebelakangan ini pemimpin-pemimpin politik terus sibuk berebut kuasa dalam keadaan  negara sedang bergelut dengan kes-kes positif Covid-19 lebih 20,000 kes sehari dengan kes kematian kini mencecah tiga angka.
“Seharusnya kini semua pihak berganding bahu dan berkongsi ikhtiar bagi memastikan Covid-19 dapat dibentuk, program imuniti berkelompok dapat dicapai dan ekonomi negara dapat digerakkan semula.
“Jika semua itu dapat dilakukan secara bersama dan penuh istiqamah, patik sekelian percaya negara ini akan kembali pulih seperti sediakala dalam tempoh yang sepatutnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Seri Paduka Baginda perlu menitahkan mereka mengutamakan nyawa rakyat ketika menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan dan bukannya perebutan kuasa…. DAULAT TUANKU

Comments are closed.