Seorang warga emas tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika menunggu di tempat duduk untuk berurusan di kaunter JPJ Cawangan Bangi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter pengoperasiannya pada hujung minggu untuk sebarang urusan yang berkaitan jabatan itu.

Menerusi satu notis yang dikeluarkan, JPJ memaklumkan, kaunter tersebut telahpun dibuka bermula hari ini.

Bagaimanapun katanya, semua urusan adalah secara temujanji dan kehadiran pelanggan secara ‘walk-in’ adalah tidak dibenarkan.

“Cara pembayaran untuk sebarang urusan juga adalah tanpa tunai bagi operasi kaunter hujung minggu.

“Kapasiti petugas kaunter adalah mengikut garis panduan pengoperasi pejabat kerajaan mengikut fasa di bagi fasa satu hanya 50 peratus, fasa dua 60 peratus, fasa tiga 80 peratus dan fasa empat 100 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematusi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika berurusan dengan jabatan itu. – MalaysiaGazette