Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR -Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian untuk menolak segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Majlis Presiden PH, Perdana Menteri sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau.

“Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.

“Sebaliknya, PH memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik Covid-19.

“Kami berkeyakinan bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Kenyataan bersama itu terdiri daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Majlis Presiden PH, perutusan khas Muhyiddin hari ini adalah pengakuan terbuka beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan, kata mereka.

“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan pembangkang.

“Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Lebih dari itu, menurut PH, kenyataan Muhyiddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Harap kerajaan PN melantik TUN M sebagai Penasihat Kerajaan Campuran atau menteri Mentor daripada mengharapkan PH yang kerjanya hanya menyalak sahaja. Datang parlimen bukan hendak berbahas atau terbitkan perlembagaan tetapi PH hanya buat bising sahaja. Adakah PH hanya memikirkan politik untuk tahun ini sahaja walhal PRU 15 tetap akan tamat tempoh 5 tahun pada tahun hadapan 2022. Rugilah kalau tidak menyokong pada kali ini kerana PRU15 belum tentu pembangkang ada banyak kerusi. Kalau PH seperti Amanah bawa usul RUU 355 dan menokong pasti itupun akan jadi jasa parti kepada orang muslim.

  2. Tun M pun sudah tidak sesuai sekarang sebab seperti masa permulaan Covid19 dimana rakyat meminta kerajaan PHancing menyekat kemasukan pelancong drpd PRC tetapi memarahi kembali rakyat serta menambah hutang dgn. berhutang dengan Negara China dan Jepun yang pasti HUTANG tersebut perlu dijelaskan oleh generasi akan datang.
    Pertelingkahan politik tanpa kesudahan.Kalau aku sebagai PM sudah lama ditangkap peminpin2 yg gila kuasa diletak bertugas dengan pesakit covid19 tahap 4 & 5 supaya mereka tahu kepayahan serta keperitan pertugas2 kesihatan,
    Sudahlah tiap2 bulan MP2 mendapat gaji dan elaun beribu-ribu tetapi kedekut bila rakyat tanya kemana pergi RM300k

  3. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH…..tidak terperanjat pun malah sudah diJANGKA BILA MP2 PEMBANGKANG SERTA SEKUTUNYA MENOLAK TAWARAN INI….minta bersidang ….tapi bersidang jadi BEROK2 YANG SAKIT MENTAL…demo HARAM bila KKM minta tangguh parlimen…..ANWAFIKUN yang tidak bersyukur dapat pemgampunan YDPA…MENDERHAKA bila cabar DARURAT yang diperakui YDPA dimahkamah……

    suara RAKYAT suara KERAMAT…..RAKYAT BOLEH BOIKOT PRU melihat POLITIK DAN PEMIMPIN YANG TERUS CARCAMARBA…..

Comments are closed.