Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergambar dengan Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira 10.45 pagi dan pertemuan bersama Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam.

Pertemuan itu berlangsung sehari selepas Sultan Ibrahim menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri dikhabarkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor di kediaman rasmi Datuk Hasni Mohammad di Saujana petang ini. – MalaysiaGazette