Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang menganggap tawaran yang dibuat merupakan usaha terdesak Perdana Menteri mahu mengekalkan kuasa.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan.

“Pejuang akan terus kekal berprinsip dan dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau merujuk kenyataan Muhyiddin yang menawarkan kerjasama rentas parti membentuk kerajaan partisan.

Mukhriz seterusnya berpendapat, Muhyiddin tidak berhak membuat tawaran seperti itu kalaupun mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri apatah lagi setelah beliau hilang sokongan majoriti.

“Tan Sri Muhyiddin sepatutnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tawaran datang sekali sahaja sebelum Parlimen dibubar. Masa hadapan belum pasti segala tawaran menarik ini akan dipersetujui oleh semua pihak. Jangan jadi macam PAS berjuang hendak tegak HUDUD sekian lama tetapi tidak berjaya kerana tidak mendapat sokongan 112 YB Parlimen.

Comments are closed.