Letupan lori tangki yang berlaku di Akkar, Lubnan mengorbankan 20 nyawa. foto Twitter

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan terbunuh apabila trak membawa bahan bakar meletup di Akkar, yang terletak di utara Lubnan.

Insiden itu kemudian disahkan Palang Merah Lubnan di laman Twitternya.

Dalam ciapan yang dimuat naik, ia melaporkan telah memindah lebih 20 mayat.

Menurut Reuters, tujuh lagi cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk diberikan rawatan lanjut termasuk pemindahan darah.

Setakat ini tiada sebarang butiran lanjut tentang punca letupan tersebut.

Lubnan berdepan dengan krisis kekurangan bahan api dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kekurangan bahan bakar itu menyebabkan rompakan ke atas lori-lori tangki sering berlaku.

Malah, hospital-hospital turut memberi amaran akan menutup operasinya jika kehabisan bekalan bahan api itu.

Letupan di Akkar tidak berbeza dengan pembunuhan di pelabuhan,” kata bekas Perdana Menteri Saad al-Hariri menerusi Twitter, yang merujuk kepada letupan di pelabuhan Beirut satu tahun lalu.

Hariri dan Kabinetnya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan susulan insiden tersebut. – Agensi