Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Selepas turun lebih 700 kes hari semalam, hari ini kes positif Covid-19 turun lagi kepada 20,546 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menurun sebanyak 124 kes.

Sehingga 15 Ogos 2021, jumlah kes yang dilaporkan adalah 20,546 kes menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini sebanyak 1,404,899 kes.

“Pecahan setiap negeri adala Selangor 7,307, Kuala Lumpur 1,442, Johor 1,508, Sabah 1,665, Sarawak 963, Negeri Sembilan 698, Kedah 1,596, Pulau Pinang 1,111, Kelantan 1,025, Perak 1,069, Melaka 631, Pahang 926, Terengganu 534, Labuan 3, Putrajaya 47 dan Perlis 21 kes,” demikian menurut Twitter Noor Hisham.

Labuan merekodkan tiga kes dalam tempoh 24 jam berbanding sifar kes semalam.

Selangor juga mencatatkan kenaikan 701 kes berbanding 6,606 kes semalam.

Dalam pada itu, Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing mencatatkan penurunan kes.

Kuala Lumpur turut sebanyak 586 kes berbanding semalam dengan 2,028 kes, Kedah juga mengalami penurunan sebanyak 200 kes.

Kelantan menyaksikan penurunan lebih 300 kes dan Perlis turun 40 kes berbanding semalam 61 kes. – MalaysiaGazette