Kemusnahan yang berlaku di wilayah Giresun akibat banjir di kawasan Laut Hitam,Turki.

 

ISTANBUL – Jumlah korban akibat banjir di kawasan Laut Hitam, Turki kini meningkat ke 55 nyawa.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan kecemasan memaklumkan 46 terbunuh di wilayah Kastamonu, lapan di Sinop dan selebihnya di Bartin.

Sehingga kini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Menurut, AFAD, sebuah pertubuhan kecemasan bukan kerajaan, 3,547 pekerja dan sukarelawan telah dihantar Kastamonu, 1,910 di Sinop manakala 918 lagi ke Bartin, bagi membantu mangsa.

Dalam kejadian berkenaan sekurang-kurangnya 17 jambatan dilaporkan musnah dan 45 bangunan mengalami kerosakan teruk.

Susulan kejadian yang berlaku, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengisytiharnya sebagai kawasan bencana. – TRT World