KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur menafikan pesakit-pesakit ini diletakkan di ruangan tandas hospital itu seperti yang sedang ditularkan.
Unit Komunikasi Korporat HKL berkata, video ini merupakan video lama yang telah digunakan semula dengan pelbagai versi yang palsu.
”Video ini adalah situasi kesesakan yang berlaku di Bilik Dekontaminasi (Decon Room) Jabatan Kecemasan HKL pada 19 Julai 2021.
”Bilik Dekontaminasi ini adalah berfungsi untuk mengasingkan pesakit-pesakit berjangkit seperti Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, keadaan di Jabatan Kecemasan HKL buat masa ini adalah terkawal dan dakwaan bahawa pesakit-pesakit ini diletakkan di ruangan tandas HKL adalah tidak benar.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak mempercayai berita yang ditularkan. – MalaysiaGazette