Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari Istana Negara tiba di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 24 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dijadual akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

Menurut sumber, mesyuarat itu akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

“Ada mesyuarat malam ini di Ibu Pejabat PKR jam 8 malam di HQ PKR,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mesyuarat itu dikhabarkan akan membincangkan mengenai desas desus perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mesyuarat tergempar itu akan diadakan secara bersemuka atau secara dalam talian.

Awal hari imi, media melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Menurut Redzuan, perkara itu dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Bersatu dalam mesyuarat khas yang dibuat di Publika selama kira-kira dua jam, awal hari ini. – MalaysiaGazette