PDRM logo police lockup death Benedict Thanilas
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang wanita warga asing yang disyaki kebal dalam kegiatan jenayah mengedar dadah ditahan di Bandar Teknologi Kajang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita berusia 30-an itu ditahan dalam satu serbuan pada jam 5 petang.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, kami berjaya menemui satu ketulan mampat dadah jenis ganja anggaran berat 202.8gram dalam simpanannya bagi tujuan pengedaran kepada penagih,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Tambah Mohd Zaid, dadah yang dirampas itu bernilai RM507 dan dipercayai boleh digunakan oleh 41 penagih dadah.

“Wanita berkenaan telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut bagi menentukan sumber dia memperolehi bekalan itu dan tempoh bergit aktif dalam kegiatan terlarang itu.

“Polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast