Dua nelayan yang berjaya diselamatkan selepas selepas bot mereka naiki karam malam semalam.

KOTA TINGGI –Dua nelayan tempatan diselamatkan setelah lebih sembilan jam terapung di laut akibat bot yang dinaiki mereka karam dipukul ombak di perairan Tanjung Sedili, malam semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat dari Zon Maritim Tanjung Sedili pada jam 10.45 malam mengenai aduan sebuah bot nelayan tempatan hampir karam di kedudukan 4.3 batu nautika timur laut Tanjung Sedili Kechil.

Bertindak atas aduan, Zon Maritim Tanjung Sedili telah mengaturgerak Bot Kikat 16 bagi menyelamatkan mangsa namun keadaan cuaca buruk menyebabkan bot ronda Maritim Malaysia hampir terbalik akibat dipukul ombak dan menghalang operasi Carilamat.

“Mangsa, Abdul Halim Ghani, 50, bersama rakannya, Mohd. Nor Rizal, 38, yang memakai jaket keselamatan berjaya diselamatkan selepas ditemui terapung berpaut pada pelampung oleh bot pemancing.

“Bertindak atas aduan, Zon Maritim Tanjung Sedili telah mengaturgerak Bot Kilat 16 bagi menyelamatkan mangsa namun keadaan cuaca buruk menyebabkan bot ronda Maritim Malaysia hampir terbalik akibat dipukul ombak dan menghalang operasi carilamat.

“Zon Maritim Tanjung Sedili juga turut mendapatkan bantuan daripada komuniti nelayan Tanjung Sedili bagi menyelamat mangsa namun usaha tersebut turut gagal akibat cuaca laut yang teruk dan jarak penglihatan yang terhad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pada pukul 8.30 pagi pihak MRSC Johor Bahru telah menerima maklumat bahawa kedua-dua mangsa telah ditemui pada pukul 8.15 pagi oleh bot pancing yang turut menyertai misi pencarian mangsa.

Katanya, mangsa ditemui pada kedudukan empat batu nautika timur laut dari posisi bot mereka yang karam. – MalaysiaGazette