Laporta mendakwa ketidakcekapan pengurusan lama Barcelona telah menyebabkan kelab the Catalans itu kini dilanda hutang kewangan berjumlah £1.15bilion. Kredit BBC Sports.com

LONDON – Barcelona terus dilanda masalah sejak Lionel Messi meninggalkan Nou Camp dan menyertai kelab Ligue 1 Perancis Paris Saint Germain minggu lalu.

Presiden kelab La Liga Sepanyol mendedahkan sejak pemergian pemain Argentina, kelabnya tidak menyelesaikan masalah kewangan apabila Barcelona kini menanggung hutang berjumlah £1.15 bilion.

Malah Joan Laporta mendakwa keadaan kelab bertambah menyedihkan.

Jumlah pembayaran gaji yang ditanggung kelab berkenaan mencapai 103 peratus daripada jumlah pendapatan kelab.

Bukan itu sahaja, Laporta terus menuding jari terhadap Josep Maria Bartomeu sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas beban hutang yang ditanggung.

“Josep Maria yang mengheret kelab ke dalam krisis hutang besar ini dan mengakibatkan situasi kelab kini sangat tenat,” dakwanya.

Andai kata kontrak Messi dilanjutkan di Nou Camp, jumlah bil gaji pemain masih akan mencecah 110 peratus daripada jumlah pendapatan kelab yang semestinya akan ditolak Peraturan Keadilan Kewangan (FFP) La Liga.

Laporta yang menjawat jawatan presiden untuk tahun keduanya berkata, jumlah bil gaji kelab berada pada paras 103 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan kelab.

“Ia adalah 20-25 peratus lebih tinggi berbanding pesaing Barcelona. Perkara pertama yang kami usahakan selepas ambil alih kepimpinan kelab Catalans ini adalah meminta pinjaman dana berjumlah 80 juta euro atau kami tidak dapat membayar gaji pemain dan kakitangan kelab.

Rejim sebelum itu yang mengurus tadbir kelab ini penuh dengan pembohongan, dakwanya.

“Barcelona memiliki defisit kewangan berjumlah 451 euro yang mana ini satu situasi yang sangat kritikal dan menakutkan kelab,” kata Laporta.- BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast