Pelakon, Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rozita Che Ta hadir memberi keterangan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selama lebih tiga jam bagi membantu siasatan berhubung ke saman sebanyak RM5 juta oleh pengacara Azwan Ali.

Turut memberi keterangan bersama Rozita atau mesra dipanggil Che Ta  adalah suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin serta pengurusnya, Afeeq.

Kata wanita itu, kehadiran hanya bertujuan untuk melancarkan proses siasatan dan memberi kerjasama selepas laporan polis dibuat ke atasnya.

“Saya memuat naik tweet tersebut kerana ketika itu sedang marah apabila nama ibu saya dimaki dan ia amat keterlaluan. Namun memilih memadamnya dalam tempoh sejam kemudian kerana tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya berharap kemelut yang dialami ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik namun jika Azwan mahu meneruskan saman terhadapnya, saya akan menggunakan proses undang-undang bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Pada minggu lalu, Azwan telah membuat laporan polis berserta saman kepada seorang selebriti wanita selepas dia dikatakan menyebar fitnah mengenai dirinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast