Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah mengenai soal pelantikan Perdana Menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Pertemuan dengan semua ketua-ketua parti hari ini ini ternyata membuahkan hasil apabila semua mereka bersetuju untuk memulakan politik baharu.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu dibuat secara konsensus selepas mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

“Saya, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan lain-lain dari UMNO, Pas dan Pejuang memberikan pandang masing-masing.

“Semua pihak nampak ada konsensus hentikan politik lama dengan cara hukum dan harus menjurus semula ke arah membangun negara,” katanya kepada media selepas keluar dari Istana Negara hari ini.

Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu dilihat keluar daripada pintu dua Istana Negara jam 4 petang selepas dua jam menghadap Agong.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Al-Sultan ada menasihatkan semua pihak yang hadir agar terus bersatu menghadapi pandemik Covid-19.

Anwar juga berkata, Agong turut bertitah apa pun keputusan yang dibuat adalah berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Yang di-Pertuan Agong turut memberitahu mengenai lunas-lunas Perlembagaan, cari calon Perdana Menteri yang dapat majoriti sokongan ahli Parlimen tetapi politik perlu berubah.

“Maknanya, yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku ‘memakan’ yang kalah,” katanya lagi.

Turut serta dalam sesi menghadap Agong itu adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak.

Anwar berkata, isu yang ditekankan dalam pertemuan itu bukan pelantikan seorang Perdana Menteri baharu tetapi menggagaskan bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Semuga Allah mengurniakan PM yang tidak rasuah,korupsi, pm yg tidak bersekutu dengan lgbt, libralism, pm yang menjaga agama islam sebagai agama resmi negara Malaysia.

Comments are closed.