Comedian Shahmira Muhamad or Shuib Sepahtu, the husband of singer Siti Sarah Raisuddin, at the mortuary of Canselor Tuanku Muhriz UKM Hospital, Kuala Lumpur after the passing of his wife due to Covid-19 complications. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 09 AUGUST 2021.
Comedian Shahmira Muhamad or Shuib Sepahtu, the husband of singer Siti Sarah Raisuddin, at the mortuary of Canselor Tuanku Muhriz UKM Hospital, Kuala Lumpur after the passing of his wife due to Covid-19 complications. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 09 AUGUST 2021.

KUALA LUMPUR – Pelawak, Shuib akhirnya memilih sepupunya sendiri untuk menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan yang kini berusia 10 hari.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, keputusan menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash selepas berbincang bersama ahli keluarganya.

“Alhamdulillah ada dalam kalangan keluarga saya iaitu sepupu baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan lalu,” katanya yang juga usahawan.

Shuib berkata demikian ketika ditemu bual menerusi sebuah rancangan hiburan baru-baru ini.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu menambah, dia sebenarnya bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

“Takut juga masa depan nanti kita tidak tahu apa akan jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan),” jelasnya.

Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.

“Bukan sahaja Tilla (Syatilla Melbin), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

“Saya harap Allah SWT balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya,” jelasnya.

Shuib baru-baru ini meluahkan kerisauan memikirkan tentang susu ibu yang diperlukan Ayash selepas isterinya yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 9 Ogos lalu. – MalaysiaGazette