Petugas kesihatan melakukan saringan kepada penduduk di Sydney. foto Reuters

SYDNEY – Wabak Delta di Sydney masih belum memuncak dan penduduk diingatkan supaya bersiap sedia untuk lebih banyak kematian.

Bandar terbesar di Australia ini terus menyaksikan rekod jangkitan harian baharu Covid-19 walaupun sudah dua bulan melaksanakan sekatan pergerakan.

“Kami belum melihat senario yang terburuk dan cara menghentikannya adalah semua orang yang tinggal di rumah,” kata Perdana Menteri New South Wales (NSW), Gladys Berejiklian.

NSW melaporkan kenaikan kes harian terbesarnya sebanyak 633 kes, termasuk 545 di Sydney berbanding 478 kes pada hari Isnin.

Seramai 60 orang dilaporkan meninggal dunia kes varian Delta pertama dilaporkan di Sydney pada 16 Jun lalu, termasuk tiga yang disahkan pada hari Rabu.

Dengan kira-kira 28% orang penduduk di NSW yang berusia 16 tahun ke atas telah diberi vaksin sepenuhnya, Ketua Pegawai Kesihatan, Kerry Chant memberi amaran angka kematian akan bertambah sekiranya kes terus meningkat. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast