Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Jangan jadikan kerajaan baharu nanti sebagai kerajaan proksi, kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau menolak cadangan untuk mewujudkan Menteri Mentor dalam kerajaan baharu kerana tidak mahu ada imej Kerajaan Perikatan Nasional 2.0.

“Ada tangan tangan ghaib di belakangnya. Tak payahlah cadangan Menteri Mentor itu.

”Kita tidak mahu imej Kerajaan PN 2.0. Betul-betul baru dan perpaduan,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Tegas beliau, parti itu menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana menggunakan cara yang tertib untuk menangani krisis politik dan pandemik.

Jelasnya, Tuanku telah menggunakan kaedah demokratik dan ahli-ahli Parlimen diminta menentukan calon perdana menteru baharu dan diabsahkan di Parlimen.

Ini kerana, katanya, Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya perdana menteri baharu membentuk kerajaan perpaduan dengan tujuan untuk kurangkan politiking.

Oleh itu, semua parti dipertanggungjawabkan dan akan dilibatkan, ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. BATU API SI FUAD dan sekutu2nya……cukup2lah bERDENDAM KESUMAT …..BERTAUBAT DAN HULUR SALAM KEMAAFAN DAN SILATURAHIM….xcukup lagi ke HAJAT porak perandakan POLITIK negara baru-baru ni tercapai

    CONTOHILAH PAS yang kerdil wpun dimusuhi dan dkhianati UMNO sebelum ini boleh MEMAAFKAN DEMI TALI ALLAH dan PERPADUAN UMMAH

    KAMU PUN BUKAN MP dan KABINET….harap baca komenku…..berilah pandangan membina dan kesamaan BUKAN pecahbelahkan melayu yang terus meLAYU ….ujian ALLAH kita sama2 tabah dan berusaha kepada yang TERBAIK

Comments are closed.