Barisan Ahli Parlimen Bersatu dan Ahli Parlimen Bebas hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berikutan pengesahan sokongan SD kepada calon Perdana Menteri baharu di Istana Negara, Kuala Lumpur.Foto HAZROL ZAINAL, 19 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen UMNO tiba di perkarangan pintu 2 Istana Negara jam 10.35 pagi tadi.

Mereka yang menaiki bas dibawa terus memasuki ke dalam Istana Negara.

Antara ahli Parlimen UMNO yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Najib Razak melambai semasa menaiki bas menuju ke Istana Negara bagi mengesahkan SD sokongan kepada calon Perdana Menteri baharu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 OGOS 2021.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak sempat melambai tangan sebelum menaiki bas sama.

Selang lapan minit kemudian, sebuah lagi bas tiba dengan membawa Ahli-ahli Parlimen daripada Bersatu dan Ahli Parlimen bebas.

Kelihatan di dalam bas itu adalah Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Redzuan Yusof.

Duduk di hadapan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien.

Lagi menyusul….