Khairy Jamaluddin berjalan untuk menaiki bas menuju ke Istana Negara bagi mengesahkan SD sokongan kepada calon Perdana Menteri baharu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Kira-kira sejam memasuki Istana Negara, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar melalui pintu 2, Istana Negara.

Najib yang menaiki kereta Proton Perdana dilihat sempat melambai kearah pengamal media yang berkampung di sini sejak jam 8 pagi tadi.

Dua buah kenderaan lagi dengan logo Ahli Parlimen mengikut di belakang kereta dinaiki Najib.

Berada di belakang adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Najib yang mengetuai Ahli Parlimen UMNO itu memasuki perkarangan Istana Negara jam 10.35 pagi dengan menaiki bas. – MalaysiaGazette