Individu dibawa oleh anggota polis bagi tujuan siasatan lanjut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menyertai memorial memperingati mangsa yang meninggal dunia akibat Covid 19 anjuran Sekretariat Suara Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Beberapa individu yang menyertai memorial bagi mengenang mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Dataran Merdeka malam ini disuraikan oleh polis.

Mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi menaiki trak polis.

Beberapa individu dibawa oleh anggota polis bagi tujuan siasatan lanjut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menyertai memorial memperingati mangsa yang meninggal dunia akibat Covid 19 anjuran Sekretariat Suara Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 OGOS 2021.

Sumber yang dihubungi oleh MalaysiaGazette berkata, kesemua individu itu dibawa untuk tujuan membantu siasatan dan satu kenyataan lanjut berkenaan perkembangan itu akan dikeluarkan.

Tinjauan mendapati himpunan berskala kecil membabitkan kira-kira 30 individu yang memakai baju berwarna hitam itu bermula pada pukul 8 malam.

Mereka yang menyertai memorial itu turut menyalakan lilin kecil dan membawa bunga ros merah dipercayai sebagai memperingati mangsa yang telah meninggal dunia akibat dijangkiti virus Covid-19.

Individu dibawa oleh anggota polis bagi tujuan siasatan lanjut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menyertai memorial memperingati mangsa yang meninggal dunia akibat Covid 19 anjuran Sekretariat Suara Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 OGOS 2021.

Difahamkan memorial itu dianjurkan oleh Sekretariat Suara Rakyat (SSR) berdasarkan jemputan yang diedarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa anggota polis meminta kesemua individu yang berada di Dataran Merdeka bagi tujuan menyertai memorial itu untuk terus kekal berada di lokasi berkenaan.

Beberapa Individu dibawa oleh anggota polis bagi tujuan siasatan lanjut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menyertai memorial memperingati mangsa yang meninggal dunia akibat Covid 19 anjuran Sekretariat Suara Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 OGOS 2021.

Suasana mula bertukar kecoh apabila anggota yang bertugas meminta individu lelaki dan wanita dibawa pergi menggunakan trak polis.

Antara yang dapat disaksikan, beberapa individu cuba melawan dan tidak memberikan kerjasama terhadap polis yang menjalankan tugas.

Dipercayai seramai 17 individu lelaki dan 12 individu wanita menyertai memorial tersebut pada malam ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memuat naik satu ciapan di laman Twitternya mengenai situasi yang berlaku di Dataran Merdeka itu.

“Saya dimaklumkan pihak polis telah menahan peserta memorial Covid-19 dan kad pengenalan mereka dah diambil.  Beri ruang untuk rakyat bersuara. Sekarang mereka akan dibawa ke IPD Dang Wangi. This is unnecessary,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast