Friday, March 29, 2024
Home Nasional Covid-19: 98.2 peratus kes harian hanya kategori 1 dan 2

Covid-19: 98.2 peratus kes harian hanya kategori 1 dan 2

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.- Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Kes harian tertinggi dengan pertambahan angka 23,564 hari ini menyaksikan 98.2 peratus dan jumlah itu terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu mereka yang tidak mempunyai gejala dan mempunyai gejala ringan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bakinya adalah sebanyak 431 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3 (penyakit radang paru-paru), 4 (penyakit radang paru-paru dan memerlukan oksigen) dan 5 (kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan).
“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnos Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan.
“Namun, ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
“Secara keseluruhan, 19,362 kes (82.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelas kementerian itu.
KKM turut melaporkan, sebanyak 233 kes kematian dicatatkan hari ini di mana 101 kes melibatkan kes kematian di Selangor, 31 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 23 kes di Johor, 17 kes di Sabah dan 16 kes di Perak.
Kes kematian lain adalah 15 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Negeri Sembilan, sembilan kes di Kedah, empat kes di Terengganu, serta masing-masing tiga kes di Kelantan dan Pahang.- MalaysiaGazette