KUALA LUMPUR – Kad Kredit-i Bank Rakyat menawarkan kadar keuntungan antara yang terendah di pasaran iaitu antara 8% hingga 10% setahun bergantung kepada baki tertunggak bulanan pelanggan menerusi kempen 8%.GOV.MY bermula 20 Ogos 2021 hingga 31 Ogos 2024.

Tempoh kadar keuntungan ini sah selama tiga tahun selepas tarikh penyertaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, pengenalan kepada tawaran ini merupakan inisiatif Bank Rakyat untuk mempromosikan tawaran baharu kepada kakitangan kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang layak.

”Penawaran kadar keuntungan yang lebih rendah berbanding kadar keuntungan sedia ada iaitu 18% setahun bukan sahaja dapat memenuhi keperluan kewangan pelanggan, malah dapat memberi penjimatan serta lebihan tunai bagi menguruskan perbelanjaan peribadi harian mereka.

”Manakala bagi kakitangan kerajaan dan GLC yang sudah memiliki Kad Kredit-i, mereka boleh memohon untuk mendapatkan tawaran ini dengan membalas SMS yang dihantar atau melalui e-mel kepada [email protected],” katanya.

Selain itu, tawaran 8%.GOV.MY ini juga terbuka untuk kemudahan pindahan baki kad kredit dari pengeluar kad kredit yang lain.

Bank Rakyat mempunyai pelbagai pilihan Kad Kredit-i bagi menepati setiap keperluan individu seperti Platinum Explorer, Muslimah, Platinum dan Emas.
Antara ciri-ciri utama Kad Kredit-i yang ditawarkan antaranya tiada yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing dan perlindungan takaful secara percuma atas jumlah baki tertunggak, ujarnya. – MalaysiaGazette