Seorang penunjuk perasaan memegang bendera Afghanistan di Jalalabad, Afghanistan. Foto Reuters - Gambar hiasan

KABUL – Tindakan tentera Taliban menukar bendera baharu selepas menguasai semula Afghanistan mencetuskan kekecohan.

Sekurang-kurangnya tiga dilaporkan terbunuh manakala berpuluh lagi cedera di Jalalabad pada petang Rabu ketika orang ramai keluar beramai-ramai membantah keputusan itu.

Tentera Taliban dikatakan melepaskan tembakan ke udara bagi menyurai bantahan dan mengawal keadaan.

Namun begitu ia semakin tidak terkawal apabila lebih ramai orang awam yang berada berhampiran turut serta untuk sama-sama mengambil bahagian.

Keadaan bertambah tegang apabila beberapa individu di bandar berkenaan dikatakan cuba menurunkan bendera putih yang dikibarkan Taliban dan cuba menaikkan semula bendera rasmi yang digunakan kerajaan sebelum ini.

Mengulas mengenai kejadian yang berlaku, wakilnya di tempat kejadian mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba memanipulasi isu berkenaan sehingga menimbulkan kekacauan. – Agensi

1 Komen

  1. Memang patutlah kerajaan baru pakai bendera baru sebagaj lambang perubahan. Cuma silapnya tak berpakat dahulu dengan rakyat.

Comments are closed.