Pokok tumbang di Tulum, Mexico selepas dilanda ribut Grace. foto Reuters

MEXICO CITY – Taufan Grace menyebabkan hujan lebat di pantai Caribbean, Mexico namun tidak menjejaskan tempat-tempat pelancongan tempatan yang mengalami kerosakan serius ketika ia bergerak melintasi Semenanjung Yucatan ke Teluk Mexico.

Kerajaan Quintana Roo, yang menjadi lokasi pusat peranginan Cancun dan Tulum, mengesahkan tiada kejadian tidak diingini berlaku berikutan angin kencang Grace yang diletakkan dalam Kategori 1 melanda pantai Mexico.

Gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan papan tanda jalan dan pokok palma jatuh di Tulum, dan pihak berkuasa melaporkan beberapa kejadian banjir, gangguan bekalan elektrik dan pokok tumbang berlaku.

Grace yang menuju ke arah barat dijangka melanda perairan Veracruz sebagai taufan pada lewat hari Jumaat, menurut Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami.

Terdapat amaran mengenai keadaan taufan dan gelombang ribut yang berbahaya.

NHC mengatakan Grace akan menurunkan 10 sentimeter (cm) hingga 20cm hujan di Semenanjung Yucatan pada lewat hari Jumaat dan hingga 30cm di beberapa kawasan.

Hujan lebat mungkin menyebabkan kawasan banjir kilat dan banjir di bandar, tambahnya.

Mexico menyatakan persiapan telah dibuat untuk menerima kedatangan taufan, dengan puluhan anggota tentera dan penyelamat serta kakitangan dari utiliti kuasa nasional, Comision Federal Electricidad telah bersiap sedia untuk memberi bantuan.

Ribut Grace telah mengakibatkan hujan lebat dan banjir kilat di Haiti dan Jamaica awal minggu ini. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast