Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah PPN Phase 1 relaxation dine in
Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 hari ini menurun kepada 22,262 kes berbanding 23,564 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya berkata, kes terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,535,286 kes.

Katanya, Selangor masih merekodkan kes baharu tertinggi daripada 16 negeri iaitu 7,011 kes dengan jumlah kumulatif sehingga hari ini meningkat kepada 552,131 kes.

Negeri kedua tertinggi selepas Selangor ialah Sabah yang merekodkan 2,651 kes (119,318), diikuti Sarawak 1,964 kes (96,528), Kedah 1,880 kes (79,888), Johor 1,558 kes (119,548), Pulau Pinang 1,459 kes (69,341), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,220 kes (163,522) dan Kelantan 1,039 kes (64,553).

Negeri yang merekodkan bawah 1,000 kes ialah Perak 946 (57,080), Melaka 882 (44,078), Pahang 664 (37,682), Terengganu 495 (27,626), Negeri Sembilan 405 (87,848), WP Putrajaya 41 (5,081), Perlis 38 (1,293) dan WP Labuan sembilan (9,769). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast