Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bumi Bersatu di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 21 Ogos 2021.

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat khas di Hotel Premiera malam ini.

Ia dipercayai ada kaitan dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan hari ini.

Mesyuarat khas bermula 9 malam ini juga dipercayai bagi membincangkan hala tuju Bersatu mengenai pembentukan barisan Kabinet baharu pimpinan Ismail Sabri dalam masa terdekat.

Terdahulu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di lobi Hotel Premiera kira-kira jam 8.47 malam bagi mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu.

Beliau mengenakan baju batik berwarna merah disambut oleh pimpinan Tertinggi MPT Bersatu.

Antaranya Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Turut hadir dalam mesyuarat pada malam ini ialah Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Mohd Rafiq Naizamohideen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast