Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Kesembilan hari ini.

Pelantikan Itu telah berlangsung di Istana Negara dengan istiadat rasmi yang serba norma baharu selepas diperkenan YangDipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau merakamkan ucapan itu menerusi kenyataan ringkas yang dikeluarkan dari Bukit Aman hari ini.

Pada perkembangan sama, Acryll Sani menyatakan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam terus menjaga keamanan dan keharmonian di negara ini.

“PDRM akan terus kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam kenjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarajat serta negara di bawah kepimpinan Datuk Seri (Ismail Sabri),” tegasnya.-MalaysiaGazette