Raja Noor Jan Raja Tuah

KUALA LUMPUR – Individu yang pernah mendakwa waris Sultan Melaka meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19 di Hospital Selayang hari ini.

Berita kematian Raja Noor Jan Raja Tuah, 64, atau dikenali Tuanku Raja Noor Jan Shah dimuatnaik dalam laman akaun Facebook Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di Facebok hari ini.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Pada tahun 2019, allahyarham pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Putrajaya atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.

Noor Jan didakwa melakukan kesalahan itu pada Majlis Istiadat di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, pada jam 10 malam pada 28 Disember 2013.

Bagaimanapun, Allahyarham dibebaskan daripada pertuduhan tersebut berikutan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.- MalaysiaGazette