Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 24 lagi kluster baharu Covid-1

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 11 daripada jangkitan komuniti dan satu dari kumpulan berisiko.

“Pertambahan kluster itu menjadikan jumlah kluster Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 4,442 kluster,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, terdapat 1,436 kluster yang dikesan masih lagi aktif.

Bagaimanapun ujarnya, sebanyak 3,006 kluster diklasifikasikan telah tamat. – MalaysiaGazette