Andreas Pereira. Foto Buletin Manchester United.
LONDON – Pemain tengah, Andreas Pereira melengkapkan perpindahannya apabila menyertai kelab Brazil iaitu Flamengo secara pinjaman musim ini, lapor www.manchestereveningnews.com.
Menerusi perjanjian pinjaman itu, Flamengo tidak akan membayar sebarang bayaran pinjaman tetapi akan berkongsi pembayaran gaji Pereira dengan United.
Flamengo juga mempunyai pilihan untuk membeli pada harga € 20 juta pada tahun depan daripada United di mana kelab itu akan menerima 20 peratus daripada penjualan tersebut.
Pereira sebelum ini menolak tawaran dari Everton untuk kekal beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Pereira percaya sekiranya dia bermain di Brazil, peluang lebih besar dalam kariernya iaitu bermain dalam Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Brazil.

Kali terakhir beliau membarisi skuad Brazil adalah pada Disember 2018 menentang Arab Saudi dalam aksi persahabatan.

Sebelum ini, Pereira secara terbuka mengeluarkan kenyataan kepada United bahawa dia bukan lagi pemain muda dan berusia 25 tahun.

Musim lalu, Pereira yang dipinjamkan ke Lazio memberitahu beliau hanya mahu menjadi pemain utama dan sentiasa membuktikan sesuatu kepada kelab. – MalaysiaGazette