Remy Ishak dan Ezza Yusof.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Remy Ishak selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya Ezza Yusof dalam satu acara ringkas di Masjid Negara Kuala Lumpur, malam tadi.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof, manakala Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.

Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, turut ditatarias oleh juru make up Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah.

Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar dan pasangan tersebut turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami & isteri, mohon mendoakan kebaikan & kesejahteraan buat kami berdua,” ujar Remy.

Pernikahan pasangan tersebut telah beberapa kali tertunda sejak Mei kerana negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19.

Terdahulu Remy Ishak membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD tentang tarikh pernikahannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast