Foto Facebook JKJAV.

KUALA LUMPUR –  Jumlah keseluruhan dos vaksin di negara ini kini meningkat kepada 30,840,093 dos selepas sebanyak 469,690 dos diberikan semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) berkata, sehingga pukul 11.59 malam tadi sebanyak 159,792 orang menerima suntikan dos pertama dan 309,898 bagi dos kedua.

Jumlah peratusan vaksinasi terkini bagi populasi dewasa di negara ini juga terus mencatatkan peningkatan dengan sebanyak 77.4 peratus individu atau 18,121,392 sudah melengkapkan dos pertama manakala 54.3 peratus atau 12,718,701 lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Labuan mencatatkan peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa tertinggi mengikut negeri iaitu 90.6 peratus, diikuti Sarawak 84.1 peratus dan Lembah Klang 81.3 peratus.

Dalam pada itu, Selangor mencatatkan kadar vaksinasi harian tertinggi semalam dengan 96,884 bagi dos kedua dan 14,745 untuk dos pertama.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 55,706 dos kedua dan 17,482 dos pertama.

Malaysia kini berada dalam Fasa Tiga PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lalu membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas serta kalangan warga asing yang berada di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast