Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menerima mengadap guru yang menolak vaksin pada Jumaat ini.

“Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini.

“Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya’Allah,” kata Tunku Ismail di Facebooknya hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang mendedahkan kira-kira 779 guru di negeri itu dilaporkan menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor  akan membantu dalam perkara itu agar golongan guru terlibat yakin menerima vaksin kelak.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Guru harus jadi contoh ambil suntikan vaksin – Sultan Johor