Owen Teo.

KUALA LUMPUR – Pemain muda Pulau Pinang, Owen Teo mendapat tawaran bagi beraksi bersama skuad B-19 tahun salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Croatia iaitu NK Prečko Zagreb.

Berita itu dikongsikan oleh Owen menerusi Instagram Story miliknya .

Dia turut memuat naik surat tawaran yang diterima sekaligus mengucapkan terima kasih kepada Pulau Pinang.

Dalam surat tawaran itu, Owen bakal beraksi bersama skuad B-19 tahun NK Prečko Zagreb selama satu musim dan akan terbang ke Zagreb apabila urusan mengenai dokumentasi serta visa selesai.

Pada masa sama, Owen turut menggambarkan rasa teruja beliau dan tidak sabar untuk segera beraksi bersama kelab baharunya.

Menurut perkongsian Harimau Abroad, Owen sebelum ini pernah beraksi bersama salah satu akademi terkenal iaitu Frenz United dan Brooke House College sebelum menyertai Pulau Pinang.

Owen mengikut jejak langkah beberapa pemain muda negara dengan beraksi di Eropah antaranya Luqman Hakim (KV Kortrijk), Amar Makruf (AD Alcorcon) dan V Annil (SGV Freiburg). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast