Kerja-kerja pemasangan kawat berduri di kawasan yang akan dilaksanakan PKPD oleh anggota tentera.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 24 lokaliti.

Mesyuarat juga menetapkan 25 lokaliti dilanjutkan tempoh PKPD dan 10 kawasan ditamatkan.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti yang akan dilaksanakan PKPD selama dua minggu mulai 25 Ogos hingga 7 September ini ialah enam di Kota Kinabalu, Sabah.

Lokaliti itu, katanya, ialah Kampung Cenderamata 2 & Kampung Cempaka, Likas; Kampung Inanam Laut, Kampung Bambangan, Inanam; Kampung Kelingau, Kampung Lapasan dan Taman Kuala Menggatal.

“Empat lokaliti di Penampang, Sabah pula melibatkan Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Garden dan Maju Kota Lights Industry & Jalan Lama Penampang.

“Selain itu, empat lagi lokaliti di Tawau ialah Kampung Tanjung Batu Tengah, Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulau Sebatik dan Tanjung Batu Laut, Logpon,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Rodzi, Kinabatangan, Sabah melibatkan Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin, termasuk dua di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu.

Di Papar pula melibatkan Taman Limauan, Kinarut dan Kampung Mondikot, manakala Ladang Mawang di Kalabakan dan Kem Sawmill Mengayam Sri Arjuna di Sipitang.

Pahang hanya satu lokaliti sahaja dikenakan PKPD, iaitu Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

Sementara itu, 25 lokaliti yang dilanjutkan tempoh satu dan dua minggu ialah Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang sehingga 31 Ogos ini, manakala Taman Kinarut Ria, papar dan Kampung Kota Tuaran sehingga 7 September ini.

Selebihnya, 22 kawasan di Perak yang dilanjutkan selama dua minggu lagi iaitu Kampung Senta, Kampung Chang dan Kampung Sanding di Mukim Bidor; dan Kampung Orang Asli (OA) Menderang di Mukim Sungkai.

Sebanyak 18 kawasan di Mukim Batang Padang pula ialah Kampung OA Batu 6, Kampung OA Batu 14, Kampung OA Batu 16, Kampung OA Batu 17, Kampung OA Batu 18 dan Kampung OA Batu 19.

Selain itu, Kampung Kenderong, Kampung Sungai Odak, Kampung Ampangan, Kampung Pos Who, Kampung OA Batu 7 & 7 ½, Kampung Sungai Bot Dalam, Kampung Sungai Bot Luar, Kampung Sungai Tidong, Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Who Intake.

Sebanyak 10 kawasan yang ditamatkan ialah Kuarters Pekerja Ladang Palmlyn, Mukah, Sarawak; Tapak Bina IBN Highland, Genting Highlands, Bentong; Pahang; dan Taman Sri Bayu, Tumpat, Kelantan.

Turut ditamatkan ialah Taman Meru 2B, Kinta, Perak; PPR Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan, Sabah; Kem 2 Tolokoson, Tenom, Sabah; Kampung Sarikan, Nabawan, Sabah; Kampung Lapasan dan Kampung Timbok, Tuaran, Sabah.

Semua kawasan ini ditamatkan pelaksanaan PKPD bermula esok, 24 Ogos. – MalaysiaGazette