PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang akan dilanjutkan bermula Sabtu ini sehingga 3 Disember depan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya enam lagi lokaliti di Sabah dan tiga perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 8 September ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, PKPD di Sabah akan dilaksanakan di dua lokaliti di Tawau, membabitkan Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2, Lorong Saddani, manakala dua lokaliti di Kota Belud membabitkan Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut.

Turut dilaksanakan PKPD adalah di Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang dan Taman Sri Panglima, Beaufort.

Perkampungan Orang Asli di Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands yang dikenakan PKPD membabitkan Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Chohong dan Kampung Sungai Tiang.

Sementara itu, enam lokaliti di Sabah, yang sedang dilaksanakan PKPD dan dijadualkan berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 8 September depan.

Ia membabitkan Kampung Pulau Penampang, Kampung Gudon, Manggatal dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu; Kampung Menunggui, Kota Belut; Kampung Tengah, Kinarut, Papar dan Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau.

Dalam perkembangan lain, MKN turut mengumumkan penamatan PKPD esok di enam lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah, membabitkan Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia, Taman Putera Jaya dan Kuarters Kilang J&L, Jalan Kokol.

Lokaliti lain di Sabah adalah Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Batu 1, Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau; Kampung Batu-Batu, Tenom; Kampung Tempasuk 1 dan Kampung Tambulaung, Kota Belud dan Kampung Tagibang, Kota Marudu.

Turut ditamatkan PKPD adalah di Felda Jengka 25, Temerloh dan Felda Tersang 1,2 dan 3, Raub, Pahang.

Ladang Kerilla, Tanah Merah dan Kampung Kubang Sawa, Tumpat Kelantan. – MalaysiaGazette