5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 harian di negara ini merekodkan sebanyak  22,642 setakat 12 tengah hari tadi dengan Selangor masih tertinggi dengan 6,325 kes.

Jumlah kes harian itu meningkat 1,805 berbanding semalam 20,837 kes.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 adalah 1,616,244 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menyaksikan peningkatan kes sebanyak 6,325 berbanding 4,645 kes semalam.

Pecahan negeri ialah Selangor 6,325, Kuala Lumpur 1,128, Sabah 3,224, Johor 1,832, Sarawak 1,667, Negeri Sembilan 269, Kedah 2,279, Pulau Pinang 1,427, Kelantan 1,424, Perak 1,390, Melaka 342, Pahang 522, Terengganu 744, Labuan 4, Putrajaya 21 dan Perlis 44 kes. – MalaysiaGazette