Kanak-kanak Afghanistan turut dibawa keluar oleh tentera Britain dari Kabul. foto Reuters

LONDON – Menteri Luar Negeri Britain, Dominic Raab berkata, tarikh akhir untuk membawa keluar warganya dari Afghanistan adalah pada akhir bulan ini.

“Kami fikir ia akan berlangsung hingga akhir bulan Ogos, tetapi perancang tentera akan menetapkan butiran untuk jangka masa yang tepat,” kata Raab kepada BBC TV.

Beliau berkata demikian selepas jurucakap White House berkata mereka perlu memeriksa tarikh akhir sama ada 30 Ogos atau 31 Ogos untuk membawa warganya keluar dari Kabul.

Raab berkata, Britain berharap lapangan terbang akan terus berfungsi sehingga kerja-kerja membawa keluar warganegaranya selesai. – Reuters