KUALA LUMPUR Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi Whatsapp yang kononnya terdapat beberapa kes positif Covid-19 dalam kalangan sukarelawan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai misi bantuan kepada mangsa fenomena kepala air di Yan.

Mesej tular berkenaan turut menyatakan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan dan mendapati lebih kurang 500 orang positif Covid-19 di Yan.

Pengarah Kesihatan Kedah menegaskan dakwaan mesej tersebut adalah palsu dan menjelaskan JKN Kedah tidak membuat sebarang ujian saringan terhadap sukarelawan tersebut.

Oleh itu orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam
kalangan masyarakat. – MalaysiaGazette