Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim melancarkan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2021 peringkat UTeM secara virtual, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah menjayakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2021 peringkat UTeM secara virtual, baru-baru ini.

Program yang diikuti warga universiti menerusi facebook rasmi UTeM ini telah dilancarkan oleh Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim.

Memetik ucapannya beliau berkata, walaupun program itu dilaksanakan secara virtual namun ianya tetap menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta terhadap kemerdekaan negara ini tidak pernah luntur sama sekali.

Beliau turut menyeru agar semua warga UTeM bersama menghayati erti kemerdekaan serta mendalami maksud tema kemerdekaan pada kali ke-64 ini iaitu Malaysia Prihatin.

Sehubungan itu, menyentuh konteks UTeM Prihatin pula, beliau berkata, saya melihat sepanjang tempoh penularan pendemik Covid-19 ini kebersamaan dan keprihatinan seluruh warga UTeM telah dizahirkan dengan jayanya.

“UTeM sentiasa bersama dan sepakat sebagai satu pasukan memberikan yang terbaik dalam segala aspek keperluan sebagai tanda keprihatinan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar, staf dan masyarakat umum khususnya yang terkesan akibat penularan wabak ini,” ujar beliau dalam ucapannya.

Dalam ucapan lanjut, beliau berharap agar warga UTeM teruskan keprihatinan dalam menjaga kesihatan dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19 yang masih belum berpenghujung.- MalaysiaGazette