Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan berhubung satu mesej di aplikasi WhatsApp kononnya akses kepada artikel-artikel terbitan portal berita luar negara seperti Nikkei Asia, Yahoo News!, Reuters, Al-Jazeera, The Guardian dan Washington Post telah disekat olehnya.

Hasil penelitian oleh MCMC mendapati, pautan-pautan (URL) yang dimaksudkan sama ada secara sengaja atau kebetulan telah diubah suai atau dipendekkan.

Tindakan itu menyebabkan sebarang klik ke atas pautan-pautan tersebut akan membawa pengguna ke halaman yang menunjukkan seolah-olah artikel-artikel yang dimaksudkan tidak lagi wujud.

Penelitian tersebut turut mendapati bahawa artikel-artikel berkenaan masih wujud, boleh diakses dan tidak dipadamkan atau diturunkan oleh
portal-portal berita berkenaan. sebagaimana yang didakwa.

Ini jelas menunjukkan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan pengguna Internet di Malaysia.

Sehubungan itu, orang ramai adalah digesa untuk sentiasa menilai inti pati sebarang mesej yang diterima dan berhenti berkongsi berita yang belum
ditentukan kesahihannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast