Tujuh daripada 12 PATI yang diberkas dalam Op Benteng awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditahan dalam Op Benteng awal pagi tadi selepas mengesan pergerakan bot yang mencurigakan.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) berkata, Tim Quick Reaction Force (QRF) telah mengesan dan menangkap empat orang PATI yang sedang bersembunyi di sekitar kawasan tersebut pada jam 5.30 pagi.

Manakala tujuh lagi PATI ditangkap juga berada di sekitar kawasan tersebut pada jam 8 pagi.

Menurutnya, pada jam 9.30 pagi, seorang lagi PATI ditahan hasil tinjauan yang dilakukan oleh Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Kesemua 12 PATI yang ditahan adalah terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita berusia antara 20 hingga 51 tahun.

Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 3,837.68 melibatkan matawang Indonesia IDR 6,430,500.00 (RM 1,871.68), selain tujuh buah telefon bimbit.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covif-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – MalaysiaGazette