Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas berjiwa besar serta membuktikan kematangan dalam politik, kata Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, pertemuan Ismail Sabri dan Ketua Parti Pembangkang semalam membuktikan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya bukanlah retorik politik semata-mata.

Jelas beliau, Malaysia kini bergerak ke arah politik baharu yang lebih universal dan kondustif yang jelas memberikan manfaat lebih kepada rakyat dan negara serta meredakan krisis politik.

“Kerjasama antara parti-parti politik juga selaras dengan titah SPB YDPA supaya bersatu hati mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik.

“Inilah erti kemerdekaan iaitu merdeka daripada krisis politik. Ketegangan politik selama ini hanya merugikan kita dan lebih teruk parti politik akan dibenci rakyat.

“Alhamdullilah pertemuan ini juga mematikan fitnah tentang UMNO dan Jajaran Baru. Ketua Pembangkang menegaskan tidak berminat untuk memegang apa-apa jawatan kerana ia tidak dibangkitkan oleh YAB PM,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milknya.

Najmil Faiz yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu menambah, kini adalah masa kita bekerja untuk rakyat dan mencari persamaan dalam perbezaan.

“Terus melangkah ke hadapan ke arah politik baharu yang pro-rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette