Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat melambai kepada media selepas melakukan sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz, Kuantan Pahang.

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz, di sini.

Kenderaan rasmi yang membawa beliau dilihat meninggalkan perkarangan istana pada jam 1.36 petang diringi para petugas keselamatan selepas lebih dua jam menghadap Seri Paduka Baginda.

Perdana Menteri sempat melambai ke arah para petugas media yang menunggu di luar perkarangan Istana Abdul Aziz sejak pagi bagi mendapatkan laporan terkini berhubung kunjungan tersebut.

Artikel berkaitan:

Beliau dipercayai menghadap Al-Sultan Abdullah bagi mempersembahkan senarai anggota jemaah menteri yang akan menjalankan tugas di bawah pentadbirannya sebagai perdana menteri kesembilan.

Ahli Parlimen Bera yang mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada Sabtu, 21 Ogos lalu dijangka kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebelum mengumumkan senarai anggota Kabinet antara jam 3 dan 5 petang ini.

Dalam sidang media di Yan, Kedah 23 Ogos lalu, Perdana Menteri berkata, senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast